Pengerusi Majlis Daerah naikkan gaji sendiri dikecam

in Global by


EAST SUSSEX – BRITAIN . Tindakan seorang pengerusi majlis daerah menaikkan gaji sendiri ketika kenaikan gaji pekerja bawahan dibekukan dikecam.


Menurut laporan Telegraph, Pengerusi Majlis Daerah East Sussex, Keith Glazier, 66 mempertahankan kenaikan tersebut.


Glazier mendakwa tekanan kerja yang dialaminya sebagai pengerusi majlis daerah ‘umpama seorang pengerusi syarikat bernilai berbilion dolar’.


“Posisi ini adalah posisi 24/7 (24 jam sehari, 7 hari seminggu) dan datang dengan tekanan tinggi.


“Kami menguruskan dana lebih dari 1 bilion dolar dan saya ketuanya iaitu sama seperti seorang ketua sesuatu perniagaan.


“Anda mesti tak pernah dengar ketua sesuatu perniagaan memperoleh hanya 30,000 pound setiap tahun, kan?” kata Glazier lagi.


Bekas jurutera berkenaan sebelum ini memperoleh AS$13,317.63 (RM56,373.53) setahun dan bakal menikmati kenaikan 37 peratus iaitu sehingga AS$54,963.90 (RM232,662.19) setahun.


Kaunselor dari parti Demokratik Liberal, Sarah Osborne mengecam kenaikan tersebut.


“Saya menentang sehabis-habisnya ketika majlis daerah melakukan pemotongan drastik terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang memerlukan dana tambahan,” kata Sarah.


“Tiada pengerusi patut mendapat kenaikan (ketika ini). Ia sangat tidak sesuai dan sangat mengarut,” kata Sarah lagi.


Source: SH Global

[featured-video-plus]