Scoutlink lantik guru sebagai Corrdinator Wilayah Asia

in Edisi Selangor KL by


SEMENYIH – Scoutlink Pertubuhan Dunia telah melantik, seorang pemimpin Pengakap Malaysia, Muhammad Yusof, 35, sebagai Coordinator Wilayah Asia dalam Jota Joti Pengakap Dunia 2017.


Muhammad  merupakan seorang guru di sebuah sekolah di daerah Petaling berkata, beliau berminat menggunakan perisian chating ‘IRC’ yang hingga kini masih lagi relevan walaupun bentuk komunikasi itu sudah berusia 20 tahun.


“Scout.Net adalah badan yang menjadi rakan kongsi kepada Program Pengakap Dunia iaitu Jambori di Udara (Jota) dan Jambori Di Internet (Joti) dan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) yang berlangsung pada minggu ketiga setiap bulan Oktober, setiap tahun.


“Saya berbesar hati apabila dilantik sebagai Coordinator Wilayah Asia,” katanya pada majlis penutup program Jota Joti Dunia 2017 yang diadakan di Mutiara Semenyih Traning Village and Eco Resort, di sini, baru-baru ini.


Pada program itu, seramai 400 orang telah berkampung di resort tersebut, upacara penutup disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Ishak Mohd Jonid.


Turut hadir Presiden Malaysian Amateur Radio and Transmitters’ Society (MARTS), Mohd Aris Bernawi.


Scoutlink adalah organisasi bukan keuntungan global yang bertujuan untuk menyambung hubungan komunikasi Pengakap dan Pandu Puteri daripada seluruh dunia.


Scoutlink juga menyediakan tapak maya untuk aktiviti seperti perkhidmatan utama iaitu IRC, Webchat (chat teks), TeamSpeak (sembang suara), dan Minecraft.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]