
KOTA KINABALU – Keadaan banjir di Kota Belud telah pulih sepenuhnya dan semua pusat pemindahan ditutup petang tadi selepas kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan di sini berkata, pusat pemindahan banjir terakhir ditutup hari ini ialah Dewan SMK Taun Gusi 2 pada kira-kira 6 petang.
Banjir menyebabkan lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kota Belud namun telah ditutup secara berperingkat apabila banjir beransur pulih. – Bernama
Source: SH Edisi Sabah Sarawak
[featured-video-plus]