Syarikat Utiliti tenaga guna pakai teknologi sesuai

in Bisnes by


SYARIKAT utiliti tenaga perlu menggunakan agnostik teknologi kerana tidak ada satu teknologi yang sesuai untuk semua keperluan pelbagai pelanggan atau dapat menyelesaikan semua masalah, kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Ir. Azman Mohd.


“Kita perlu agnostik teknologi. Kita perlu memikirkan apa yang akan memberi manfaat kepada para pelanggan,” katanya kepada perbincangan panel Ketua-ketua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Persidangan CEO Persatuan Industri Bekalan Elektrik di Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP) 2017 di Pulau Pinang pada Isnin.


Persidangan tiga hari yang bermula pada Ahad itu dihadiri oleh kira-kira 130 perwakilan asing dari lebih 30 negara dan lebih 80 dari Malaysia.


Kenyataan Azman pada persidangan itu dikeluarkan oleh TNB di sini hari ini.


Beliau berkata sebagai syarikat pembekal tenaga elektrik negara, tanggungjawab TNB bukan sahaja “memastikan adanya cahaya” untuk negara, tetapi juga memberikan pulangan yang kompetitif kepada pihak berkepentingan.


Azman, yang juga Presiden AESIEAP bagi tempoh 2017-2018, menggesa anggota  agar bekerjasama memanfaatkan potensi pertumbuhan dalam sektor tenaga Asia.


“Banyak yang boleh kita mengadakan bekerjasama. Bukan hanya dari segi bakat dan pengetahuan, tetapi juga inovasi, yang boleh kita lakukan untuk rantau ini,” katanya.


AESIEAP ditubuhkan pada 1975 untuk membolehkan para anggota memupuk kerjasama dan bertukar kepakaran dan teknologi. – Bernama

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]