Veterinar buang lidah gergasi seekor beruang

in Global by


EDINBURGH – SCOTLAND. Sepasukan ahli veterinar berjaya membuang lidah gergasi seekor beruang yang tumbuh akibat penyakit misteri dalam satu pembedahan kelmarin.


Sebelum pembedahan tersebut, beruang bernama Nyan Htoo berkenaan akan berjalan sambil mengheret lidahnya yang seberat 3 kilogram.


Menurut laporan BBC, Nyan menderitai penyakit misteri tersebut sejak kecil.


Saiz lidah yang terlalu besar juga menyebabkan Nyan terpaksa menyandar ke dinding setiap kali berdiri.


Heather Bacon bersama pasukan veterinar dari University of Edinburgh akhirnya berjaya membuang lidah tersebut dalam satu pembedahan.


Kata Heather, penyakit yang dideritai Nyan berkemungkinan disebabkan jangkitan virus elephantiasis yang berjangkit melalui gigitan nyamuk.


Virus elephantiasis akan menyebabkan anggota badan terlibat membesar ke saiz yang drastik.


Nyan kini sedang beransur sembuh dari luka pembedahan.

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]