Zambry digesa perjelas dakwaan anugerah dibayar

in Uncategorized by


IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperjelaskan dakwaan bahawa penganugerahan Brandlaurette  diterimanya adalah anugerah yang dibayar.


Pengerusi Amanah Negeri, Asmuni Awi berkata, respon berkenaan sangat penting kerana difahamkan bayaran berkenaan melibatkan jumlah yang besar.


Menurutnya, lebih mengejutkan bayaran berjumlah RM381,113.86 itu dijelaskan oleh pihak MB Inc.


“Bagi saya tak ada nilai (anugerah), beli semua ni. Ini satu pembaziran. Bayar for what?” “Persoalannya kenapa perlu bayar untuk dapat anugerah?


“Kita lontarkan cabaran, jika tak ada apa-apa respon maknanya apa yang kita katakan adalah betul,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Amanah, di sini hari ini.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]