Zang Toi pilihan selebriti

in Bisnes by


ZANG Toi merupakan pereka fesyen terkemuka dunia yang banyak mereka pakaian untuk bintang dan selebriti terkenal Hollywood, secara ‘custom made’ atau boleh didapati terus di The House of Toi.


Populariti Zang Toi sememangnya sudah diketahui umum kerana telah meletakkan namanya di persada antarabangsa dengan menerima pelbagai anugerah.


Anugerah pertama yang terus melonjakkan namanya adalah Mouton-Cadet Young Designer Award pada 1990, yang mana mengiktirafnya sebagai salah seorang pereka terbaik dan muda di Amerika Syarikat (AS) ketika itu.


Rentetan itu, Zang Toi mendapat perhatian industri fesyen di AS dan hasil kerjanya dipaparkan oleh penerbitan besar seperti Financial Times, Newsweek, The New York Times, Vogue, Vanity Fair dan Time.

Zang Toi pernah diiktiraf sebagai salah seorang pereka terbaik dan muda di AS.


Dilahirkan pada 11 Jun 1961, penglibatan anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini bermula pada 1981 apabila dia menjejakkan kaki di Kanada dengan wang hanya RM1,272 (AS$300).  Anak bongsu daripada enam beradik pasangan, Foo Chin Chih, dan Toi Hun Eng ini kemudian berpindah ke bandar New York, AS untuk menyambung pelajaran di Parsons School of Design.


Bagi menampung kos sara hidup di AS, dia bekerja separuh masa dengan pereka kecil di Soho. Pada tahun keduanya, Zang Toi bekerja sepenuh masa dan hanya tidur tiga jam sehari bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai pelajar dan pekerja.


Selepas lapan tahun tamat belajar dan bekerja di Soho, Zang Toi berjaya membuka sebuah studio bengkel fesyen pada Ogos 1989 dan tidak lama kemudian Ketua Editor US Vogue, Anna Wintour mengetengahkan Zang Toi di dalam isu majalah itu Mac 1990.


Bermula daripada itu, Zang Toi mencipta nama di AS sehingga impiannya menjadi kenyataan sebagai pereka fesyen terkemuka di dunia sehingga kini.


Selain pakaian, Zang Toi turut mengusahakan kafe bersama abangnya, Zang Toi Cafe di The Pavilion, Kuala Lumpur; Zang Toi’s West 57th St Cafe.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]