‘Bukan saya tak mahu ganti’

in Edisi Johor by


KLUANG – Setiap kali hujan, bahagian dapur kediaman seorang suri rumah di Kampung Sri Lukut pasti akan dipenuhi air berikutan bumbung bocor yang tidak mampu diganti.


Khalijah Ibrahim, 46, berkata, disebabkan menghadapi kekangan kewangan hasrat untuk menggantikan bumbung rumahnya sering tertangguh.


Kata ibu lima anak ini, dia bukan sengaja mahu melengahkan kerja pembaikan, tetapi dia perlu mengutamakan keperluan keluarganya dahulu.


“Bumbung bahagian dapur dah lama bocor. Kalau hujan saya akan letakkan bekas untuk tadah air supaya dapur tak basah.


“Walaupun anak-anak ada yang sudah bekerja, tapi kami perlu kumpul duit dahulu untuk baik pulih keseluruhan bumbung rumah,” katanya ketika menerima kunjungan Adun Kahang, R Vidyananthan di rumahnya, semalam.


Khalijah merupakan penerima bantuan baik pulih rumah menerusi program Johor Future Home 2.0.


Menurut Khalijah, dia tinggal di rumah berkenaan sejak 20 tahun lalu dan sudah tiba masanya bumbung rumahnya diganti kerana banyak zink yang telah berkarat terutama di bahagian dapur.


“Terima kasih kepada kerajaan negeri, wakil rakyat Dun Kahang dan pemimpin di kampung ini kerana  prihatin dengan nasib saya.


“Kalau tak ada bantuan ini sudah pasti bumbung dapur rumah saya masih tak berganti. Selepas ini tak adalah bocor lagi,” katanya.


Dia turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang bergotong-royong membaik pulih bumbung rumahnya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]