Genocide etnik Rohingya di tahap ke-4

in Nasional by


PEMBUNUHAN beramai-ramai atau genocide membabitkan etnik Rohingya di Myanmar ketika ini pada tahap ke-4, berdasarkan piawaian diperkenalkan pakar penyelidikan genocide antarabangsa.


Ketua Eksekutif Centrha) Malaysia, Azril Mohd Amin berkata, penetapan tragedi itu pada tahap itu berdasarkan beberapa ciri yang boleh mengklasifikasikan sesebuah etnik itu akan atau telah digenocide.


“Pengenalan tahap genocide telah dilakukan seorang penyelidik genocide dari Amerika Syarikat iaitu Professor Gregory Stanton. Beliau telah mengklasifikasikan tahap genocide kepada 10 tahap, berdasarkan kajian dilakukannya.


“Tahap pertama genocide yang pertama adalah klasifikasi, tahap kedua simbol, tahap ketiga adalah diskriminasi dan tahap keempat adalah dihuminisasi,” katanya, semalam.


Menurutnya, kes Rohingya telah berada di tahap keempat setelah pemerhatian dibuat, berhubung penindasan dialami etnik terbabit.


Justeru, beliau mahu semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera menyelesaikan isu berkenaan, sebelum ia semakin buruk.


“Takkan kita nak tunggu sampai tahap ke-10, baru kita nak ambil tindakan?,” tegasnya.


Jelas beliau lagi, bukti berlakunya genocide di Myanmar telah dibentangkan oleh seorang pemerhati hak asasi kebebasan manusia khas daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tomas Oje Quintana.


Menurutnya, Tomas telah membentangkannya dalam satu persidangan khas PBB pada 2014, dengan menyatakan wujud elemen genocide di Rakhine.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]