Harga RON95, RON97 naik 3 sen, diesel naik 2 sen

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen, masing-masing kepada RM2.20 seliter dan RM2.50 seliter bermula tengah malam ini hingga 1 November.


Harga runcit diesel naik dua sen kepada RM2.13 seliter, demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya hari ini.


Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 19 Oktober hingga 25 Oktober, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.17 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) dan diesel (RM2.11 seliter). –Bernama

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]