Kezaliman tentera Myanmar paling unik

in Nasional by


KEZALIMAN terhadap etnik Rohingya di Myanmar boleh dikatakan unik dalam sejarah penzaliman.


Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr Ruhanas Harun berkata, ini kerana penzaliman secara sistematik dan dunia mendiamkan diri.


“Jika lihat pada perang dunia kedua, Hitler menzalimi orang Yahudi kerana merampas ekonomi Jerman.


“Di Rwanda, sudah berlalu dan selesai, tiada penindasan asal usul. Ada juga masalah etnik di negara lain, tetapi tiada penzaliman sebegitu rupa seperti yang berlaku di Myanmar. Penzaliman berlaku secara sistematik,” katanya, semalam.


Menurutnya, sejak merdeka lagi Myanmar dahulunya Burma, mahu membina nasionalisme asal nasionalis dan Buddha.


“Itulah masalah Rohingya, mereka bukan Burma dan bukan Buddha, sedangkan etnik lain, mereka diiktiraf dan bukan beragama Islam.


“Selepas itu berlaku penyingkiran sistematik orang Rohingya, berlaku operasi besar-besaran. Sebab itu, pada 1990-an, etnik itu lari ke Malaysia. Kenapa berlaku sebegini dan mengapa dunia mendiamkan diri?


“Kenapa nasib Rohingya tidak terbela. Adakah kerana mereka stateless? Saya kira kepentingan negara lain boleh pengaruhi menyebelahi Myanmar,” katanya.


Ruhanas berkata, penderitaan etnik Rohingya itu berpunca daripada undang-undang Myanmar 1982 yang mengiktiraf 135 etnik sahaja, tidak Rohingya.


“Sedangkan mereka sudah lama di situ sebelum kedatangan British lagi,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]