Kutipan GST Januari – September cecah RM29.81b

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Jumlah hasil bersih kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 September 2017 mencecah sebanyak RM29.81 bilion.


Sementara itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Othman Aziz bagi tahun 2017 kerajaan telah mengunjurkan kutipan GST sebanyak RM40 bilion.


“Angka ini berdasarkan kepada Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2017,” katanya bagi menjawab pertanyaan Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) yang bertanyakan mengenai anggaran jumlah GST yang dapat dikutip pada tahun 2017 dan tahun mendatang di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Sementara itu jelasnya, unjuran kutipan GST bagi tahun 2018 akan dimasukkan ke dalam Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2018 yang akan diedarkan semasa pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.


“Kerajaan yakin akan mencapai sasaran yang ditetapkan melalui pelbagai inisiatif di dalam memantapkan kutipan¬† hasil oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya.


Terdahulu GST mula dilaksanakan di negara ini sejak 1 April 2015.


Menurut kerajaan pelaksanaan cukai ini merupakan satu langkah dalam menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, efisyen dan mesra peniaga.


GST telah mengantikan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah lama dilaksanakan sejak 1972 dan 1975.


 


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]