Lelaki ditahan terlibat kes pecah rumah

in Edisi by


KLANG – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan kerana terlibat dalam kes pecah rumah di Teluk Pulai, di sini, Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, pihaknya melakukan serbuan kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah dekat sini dan berjaya menahan suspek berumur 34 tahun.


“Siasatan yang dijalankan ke atas suspek dapati terdapat dua rakan sejenayah yang masih bebas dan usaha mengesan mereka diteruskan,” katanya.


Shamsul Amar berkata, antara barang yang dirampas, tiga beg pakaian, dua batang raket tenis, dua buah televisyen, satu unit pemain DVD dan empat senjata berbahaya besi buku lima.

Barangan yang dirampas polis hasil kegiatan pecah rumah oleh suspek.


Turut dirampas, sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna merah.


Jelas beliau, pada 2 September lalu satu laporan diterima daripada mangsa yang mendakwa rumahnya di pecah masuk menerusi tingkap ruang tamu yang telah diumpil.


“Setelah pemeriksaan dalam rumah dapati, barangan yang hilang adalah tiga buah televisyen jenis LCD,  laptop (2), Ipad (1), kamera jenama Canon (1), barangan kemas berserta jam tangan anggaran RM25,000 dan wang tunai RM2,500,” katanya.


Belia berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]