PKNS siapkan rumah mampu milik konsep 'rumah bandar'

in Edisi Selangor KL by


RAWANG – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyerahkan kunci rumah mampu milik berkonsepkan ‘rumah bandar’ dua tingkat, yang pertama dibangunkannya, di Kota Puteri di sini kepada pembeli.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kesemua 198 unit  yang berharga antara RM187,000 dan RM197,000 itu menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 28 Julai lalu.


“Kediaman ini menawarkan keselesaan kepada pemilik dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan kemasan lantai jubin seramik.


“Selain itu, PKNS turut memperuntukkan beberapa unit khas untuk pemilik yang dikategorikan orang kelainan upaya,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan kunci rumah kepada pemilik dalam satu majlis hari ini.


Mohamed Azmin berkata, perumahan  itu dibina di lokasi strategik di tengah-tengah jaringan lebuh raya Latar, Guthrie, NKVE dan Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang selain dilengkapi pelbagai kemudahan awam. – Bernama

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]