Remaja wanita dituduh bunuh suami

in Edisi Johor by


MUAR – Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh suaminya, 14 Oktober lalu.


Juvana berusia 17 tahun itu didakwa membunuh suaminya, Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No 130 A, Jalan Indah 6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini, kira-kira jam 1.30 petang.


Terdahulu, pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top, dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Amalina kemudiannya menetapkan 23 November nanti sebagai tarikh semula sebutan kes.


Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]