Stor SJKT Kuala Pilah terbakar

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


KUALA PILAH – Sebuah stor perabot lama termasuk fail dan buku lama di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kuala Pilah, Jalan Burhanudin di sini, terbakar pagi ini.


Sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada jam 4.20 pagi.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah,  Eva Saifun Kamuni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 4.16 pagi.


Katanya, ketika pasukan bomba sampai di lokasi kejadian mendapati stor di sekolah berkenaan telah terbakar.


“Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain. Anggaran kebakaran 10 peratus daripada keseluruhan bangunan,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Bernama


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]