Ujian sahkan pememuan tengkorak tiada unsur jenayah

in Uncategorized by


BATU GAJAH – Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam sisa tulang dan tengkorak yang tersimpan dalam empat tempayan di atas bukit di sebuah kawasan peninggalan lombong bijih timah di Kampung Baru Nalla, Tronoh, semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, berdasarkan penelitian dibuat jabatan itu, empat tengkorak itu merupakan tulang lama berusia puluhan tahun.


Menurutnya, terdapat kesan tanah dan reput menandakan ia pernah tertanam, kemungkinan dari kubur lama yang dikorek secara tidak sengaja.


“Anggaran usia tulang ini kita tidak dapat jangkakan secara tepat, namun berusi puluhan tahun, ianya tidak lengkap untuk mencukupkan kepada empat manusia, sementara ada beberapa bahagian tulang itu, lebih daripada sepatutnya.


“Apa-pun penemuan ini tiada kaitan dengan unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Semalam, sekitar jam 1.30 petang, seorang kontraktor rintis Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melakukan kerja penyelenggaraan pencawang di lokasi berhampiran menemui empat tempayan berada dalam keadaan misteri.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tempayan misteri berisi tengkorak manusia ditemui]


Empat tempayan yang tersusun rapat dengan tiga daripadanya tertutup itu disahkan berisi empat tengkorak manusia, beberapa tulang lagi bertaburan atas tanah.


Siasatan awal mendapati, kemungkinan ia ada kaitan dengan aktiviti pemindahan tulang nenek moyang dan saudara yang telah lama meninggal dunia untuk ditempatkan di tempat yang mempunyai Feng Shui yang baik.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]