Aiman Black Tiger muncul beraksi kembali

in Sukan by


SETELAH sekian lama menyepi, Aiman Black Tiger kembali beraksi dalam kejohanan anjuran Kuda Merah di Stadium Titiwangsa, Sabtu depan.


Petinju dari Kelab Red Army Kuala Lumpur ini bakal membuat perhitungan dengan wakil Thailand, Kunsuk di Grand Final DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2017 bagi merebut tali pinggang Slight Extreme.


“Selain Aiman, kita ada 12 regu melibatkan 24 petinju lain yang akan menggegar Stadium Titiwangsa.


“Sebanyak 12 tali pinggang menjadi rebutan termasuk tali pinggang Sinar Harian yang akan disampaikan sendiri Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah,” kata penganjur kejohanan, Rosli Yaacob.


Tambah Rosli, peminat yang berhasrat mendapatkan tiket VIP berharga RM50 boleh terus menghubungi Pokdik di talian 013-3991227.


“Untuk maklumat lanjut layari Facebook rasmi Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]