Baju 2018 warna apa pula?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Selain tidak sabar untuk mendengar apakah yang akan dibentangkan dalam Bajet 2018, ramai juga sebenarnya tidak sabar untuk mengetahui apakah warna baju yang akan dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Hari ini, tular menerusi aplikasi WhatsApp gambar cantuman baju Najib pada setiap sesi pembentangan Bajet sejak tahun 2013 sehingga 2017.


Bermula dengan warna hijau pada tahun pertama membentangkan Bajet, diikuti warna jingga pada dua tahun berikutnya.


Pada tahun 2016 pula, Najib mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu dan memilih warna ungu pada tahun lalu.


Adakah Najib akan mengenakan baju Melayu cekak musang berwarna biru yang melambangkan semangat dan kekuatan seiring dengan bahang PRU14.


Apa yang pasti, warna merah tidak akan termasuk dalam senarai memandangkan ia adalah warna rasmi Umno dan beliau akan memakainya pada bulan Disember depan dalam Persidangan Agung Umno.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]