Beberapa laluan utama di Alor Setar ditutup

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Beberapa jalan utama di Bandaraya Alor Setar akan ditutup secara berperingkat demi memberi laluan kepada tiga acara utama berlangsung serentak pada Sabtu ini.


Ketua Polis Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, penutupan beberapa laluan utama di ibu negeri itu bermula jam 7 malam.


“Acara pertama, perarakan tokong sayur Rumah Berhala Tow Boo Keong di beberapa laluan seperti Jalan Gangsa, Jalan Putra, Lebuhraya Darulaman, Jalan Pekan Melalyu dan Jalan Kota Tanah.


“Turut berlangsung perlawanan Bola Sepak Liga Super antara Kedah dan JDT, dan Kedah Best Food yang kedua-duanya berlangsung di Stadium Darul Aman,” katanya.


Katanya, program yang berlangsung dalam masa serentak itu dijangka akan melibatkan kesesakan di jalan jalan utama, terutamanya semasa perlawanan bola sepak tamat dan semasa upacara perarakan tokong sayur sedang berjalan.


“Antara laluan terlibat, termasuklah Lebuhraya Darulaman, Jalan Stadium, Jalan Tun Razak, Jalan Gangsa, Jalan Putra, Jalan Pekan Melayu dan Jalan Pegawai,” katanya.


Untuk itu, katanya, semua laluan terlibat dalam perarakan akan ditutup untuk sebarang lalulintas, manakala kenderaan akan dilencongkan ke laluan alternatif.


Rozi berkata, semua kenderaan yang pulang dari menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman akan dilencong ke arah lain supaya tidak menghala masuk ke laluan perarakan.


Menurutnya, kenderaan dariĀ  arah Hospital Lama menuju ke akan dilencongkan ke arah ke arah bulatan Teluk Wan Jah memasuki Jalan Langgar untuk menuju terus ke Plaza Tol Alor Setar Utara atau Selatan.


Tambahnya, kenderaan dari arah Bulatan Teluk Wanjah akan dilencongkan ke lampu isyarat Bakar Bata menuju lampu isyarat Simpang Hospital Lama untuk ke Tol Utara,ke Anak Bukit ataupun laluan Shahab Perdana.


“Bagi kenderaan dari Bulatan Stadium menuju ke Jalan Tun Razak diarah untuk melalui Jalan Langgar.Manakala, kenderaan dari Jalan Tun Razak diarah terus ke Bulatan Teluk Wajah menuju Pusat Bandar dan Jalan Langgar,” katanya.


Rozi berkata, dua pegawai bersama 60 anggota akan ditugaskan bagi mengawal lalu lintas pada hari itu, yang mana mereka akan ditempatkan di persimpangan lampu isyarat demi melancarkan aliran trafik.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]