Belanjawan pembangkang disifatkan hambar

in Nasional by


SHAH ALAM – Belanjawan Alternatif yang dibentang Pakatan Harapan jelas menggambarkan kehambaran pembangkang.


Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, belanjawan itu dibuat semata-mata untuk memancing undi tanpa memikirkan tanggungjawab dalam melaksanakannya.


“Mereka seolah-olah sudah tahu bahawa mustahil bagi mereka untuk memenangi hati rakyat dan jauh sekali berkesempatan untuk menunaikan janji belanjawan mereka, jadi mereka mengambil pendekatan ‘janjikan sahaja bulan dan bintang’.


“Bolehkah rakyat mempercayai janji ditabur oleh pemimpin yang mentadbir negeri kecil yang dilanda banjir besar akibat runtuhan bukit berpunca daripada rasuah atau pemimpin yang bertelagah sesama sendiri, menuduh satu sama lain terlibat dengan rasuah (termasuk rasuah seks) atau pemimpin yang mengaku bahawa mereka ialah penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme) serta kleptokrat terbesar?”katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, kegagalan Himpunan Kleptokrasi yang dijadikan sebagai kayu pengukur telah meletakkan Pakatan dalam situasi terdesak.


“Ini diburukkan lagi dengan pergolakan dan pemberontakan parti-parti dalaman Pakatan itu sendiri. Semua janji-janji itu dibuat susulan kegagalan dalam mendapat sambutan untuk perhimpunan Kleptokrasi di Kuala Lumpur dan juga Konvensyen Amanah di Alor Setar baru-baru ini,” katanya.


Dalam erti kata lain, menurut Annuar, bajet Pakatan bukanlah belanjawan yang sebenar tetapi lebih merupakan janji pilihan raya untuk memancing undi kerana PRU sudah semakin dekat.


“Disebabkan atas tujuan inilah, bajet alternatif PH dibentangkan sebelum bajet kerajaan diwartakan.


“Insya-ALLAH rakyat akan menerima bajet sebenar esok. Bajet ini merupakan¬† kesinambungan dan membawa transformasi ekonomi dan sosial rakyat, bajet yang boleh¬† memacu pertumbuhan KDNK negara menjadi antara yang terbaik di dunia,” katanya.


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]