Denda RM20,000 tampal iklan pinjaman

in Edisi by


KOTA BHARU – Dua lelaki didenda RM20,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah menampal iklan pinjaman wang tidak berlesen di Jalan Sri Cemerlang, di sini, September lalu.


Majistret, Kamarul Hisyamie Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Chen Yung Khong, 26, dan Chu Yee Chung,33, selepas mereka mengaku bersalah.


Mereka didakwa menampal poster pinjaman wang tidak berlesen untuk membantu satu peminjam atau mendorong orang untuk meminjam di hadapan sebuah restoran, di sini, pada jam 9.45 malam, 20 September lalu.


Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 29AA(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahu atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin yang mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-duanya bagi memberi pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan sama.


Terdahulu, mereka memohon hukuman dikurangkan kerana kesalahan itu kali pertama dilakukan dan menyesali kesilapan itu.


Kamarul kemudian mengenakan denda RM10,000 bagi setiap tertuduh dan mengarahkan mereka menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal menjelaskan.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]