Dunia Melayu elemen penting bagi survival Islam

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dunia Melayu adalah antara elemen penting dalam menentukan survival Islam bukan sahaja di rantau Asean tetapi di dunia.


Menganggap dunia Melayu sebagai aset yang sangat berharga, Ahmad Zahid berkata sejarah kesalinghubungan dunia Melayu dan Islam bermula sejak lama dahulu apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantaraan dalam penyebaran Islam di rantau ini.


“Pada pandangan Al-Attas, pemilihan bahasa Melayu oleh para mubaligh, merupakan perkara memang disengajakan. Hal ini kerana sifat dan sejarah bahasa Melayu yang hampir menyamai bahasa Arab…yang dipilih sebagai bahasa penyebaran Islam melalui al-Quran.


“Inilah yang unik bangsa Melayu mengekalkan jati dirinya melalui penggunaan bahasa Melayu dan tulisan jawi, bahasa Melayu dan tulisan jawi ini jugalah yang menjadikan Melayu itu Melayu dan bukan Arab,” katanya.


Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapan sebelum merasmikan Institut Antarabangsa Tamadun Islam Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. –Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]