Grab lancar kempen 'Better 365'

in Bisnes by


SYARIKAT perkhidmatan teksi e-hailing (e-panggilan), Grab Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Better 365’ sebagai komitmen pihaknya meningkatkan kebajikan dan memberi manfaat kepada pemandu perkhidmatan berkenaan.


Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata kempen itu memberi penekanan kepada aspek sokongan yang lebih baik, peningkatan pendapatan, perkakasan terbaik dan komuniti yang lebih kukuh.


“Grab sentiasa mengutamakan kebajikan rakan pemandu dalam membantu meningkatkan pendapatan mereka, hal ini kerana mereka merupakan komponen terpenting dalam perkhidmatan kami.


“Kami akan berterusan membantu pemandu agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik bagi menjadikan Grab sebagai perkhidmatan yang selamat dan mudah diakses oleh pengguna,” katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini hari ini.


Goh berkata Grab turut memperkenalkan beberapa siri aktiviti melalui kempen tersebut antaranya penilaian perjalanan, memudahkan insentif untuk pemandu, pusat bantuan dalam aplikasi untuk pemandu, GrabAllStars, Pusat Pemandu Grab dan sesi teh tarik serta mesyuarat umum.


Beliau berkata menurut kajian yang diterbitkan pada Jun lalu, pemandu Grab memperoleh pendapatan sebanyak 32 peratus lebih tinggi dalam tempoh sejam berbanding purata pendapatan pekerja-pekerja lain.- Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]