Jangan lepas peluang: Maciel

in Sukan by


KUALA Lumpur perlu menang ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam perlawanan terakhir Liga Perdana malam ini untuk dinobatkan sebagai juara musim ini.


Pengendalinya, Fabio Maciel berkata, anak buahnya tidak boleh melepaskan peluang mengakhiri kemarau trofi 17 tahun selepas sekian lama menanti detik itu sebelum ini.


Bagaimanapun Maciel enggan memberi tekanan buat skuad City Boys, sebaliknya mahu pemainnya menikmati perlawanan tersebut.


“Kami memang sasarkan kemenangan kerana kami berusaha untuk ke Liga Super dengan bergelar juara.


“Kami akan pergi untuk melakukan yang terbaik demi mendapatkan tiga mata.


“Saya juga akan memperkemaskan lagi jentera serangan dalam usaha memastikan peluang yang diperoleh tidak lagi disia-siakan dan saya optimis pemain yang bakal diturunkan nanti mampu melaksanakan tugas seperti yang dirancang,” katanya yang berharap dapat memenangi trofi pertama Kuala Lumpur sejak memenangi Piala Sumbangsih pada 2000.


Kuala Lumpur kini berada di tangga teratas liga selepas mengumpul 47 mata dan sudah pun layak ke saingan Liga Super musim depan dan penentuan kejuaraan pasti menarik apabila bersaing dengan Terengganu yang turut mengutip mata sama, tetapi dipisahkan perbezaan jaringan.


Mengulas kekuatan skuad JDT II, bekas pengendali Timor-Leste itu akui mereka mampu mengundang ancaman jika pemainnya bersikap sambil lewa.


“Ini adalah perlawanan yang sukar. Kita tidak boleh nafikan JDT II ada kekuatan dan sebagai jurulatih saya perlu merangka strategi yang ampuh untuk memastikan pemain beraksi konsisten sepanjang 90 minit perlawanan.


“Saya sangat berharap pemain akan pamer karisma untuk menidakkan penguasaan skuad lawan,” katanya.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]