Kaut untung jual dokumen palsu

in Uncategorized by


IPOH – Polis berjaya menumpaskan sindiket jualan dokumen palsu termasuk surat cuti sakit dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Puncak Jelapang Maju, Selasa lalu.


Lelaki berusia 40 tahun beralamat Kampung Tengku Hussein Lama, Manjoi itu didapati menjalankan kegiatan antaranya menjual lesen memandu, cukai jalan kenderaan dan surat cuti sakit yang kesemuanya palsu di sekitar Ipoh bagi tujuan mengaut keuntungan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abd Rani Alias berkata, pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui peralatan elektronik yang digunakan bagi mengubah dan mencetak dokumen berkaitan kegiatan itu.


“Semua peralatan, dokumen dan salinan telah di tanda dengan pelbagai nombor dan abjad, lelaki berkenaan mengaku semua dokumen dan salinan itu dihasilkan dan dijual sendiri di sekitar Ipoh,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Mercedes Benz dipercayai milik lelaki itu juga mendapati, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan memilki nombor casis tidak sama.


“Lelaki itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]