Kerjasama banteras judi online

in Edisi by


KLANG – Polis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), Syabas dan TNB melaksanakan kerja pemotongan bekalan elektrik, air dan menampal notis menurunkan papan iklan tanpa lesen di 40 premis yang dikenal pasti menjalankan kegiatan judi online di kawasan Klang Selatan, hari ini.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan ini dilaksanakan mengikut Seksyen 21 A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, iaitu akta 289 pindaan 2001 bagi pemotongan bekalan elektrik dan air.


“Bagi notis menurunkan papan iklan tanpa lesen pula, ia dikeluarkan oleh pihak MPK, pemilik premis diberi tempoh tiga hari bermula dari tempoh notis ditampal hari ini bagi menurunkan papan iklan berkenaan.


“Kebanyakan premis berkenaan beroperasi secara berselerak, dan ia banyak bertumpu di kawasan Sentosa, Botanic, Parklands dan lain-lain,” katanya kepada Pemberita ketika hadir menyaksikan kerja pemotongan bekalan tersebut di sebuah premis judi online di Taman Sentosa, di sini hari ini.


Beliau berkata, operasi bersepadu PDRM bersama agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan seperti MPK, Syabas dan TNB ini bertujuan melumpuhkan kegiatan pejudian online di Klang selatan.


“Kita juga akan mengambil tindakan yang sama terhadap 140 premis judi online yang beroperasi sebelum ini meskipun sudah menutup oeprasi kegiatan itu,” katanya.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]