Korea Utara berang ancaman tidak diambil serius

in Global by


PYONGYANG – KOREA UTARA. Kerajaan pimpinan Kim Jong-un memberi amaran supaya dunia mengambil serius ancaman ujian nuklearnya.


Perkara itu dinyatakan pegawai tingginya, Ri Yong Pil yang ‘kelihatan sangat marah’ kepada CNN dalam satu temuramah eksklusif.


Ri menegaskan, ancaman dikeluarkan oleh Menteri Hubungan Luar, Ri Yong-ho berhubung ujian bom hidrogen di laut Pasifik ‘akan dilaksana’.


“Menteri luar jelas dengan pendirian pemimpin kami (Kim Jong-un) jadi saya rasa anda perlu ambil serius kata-katanya,” kata Ri kepada CNN.


Sebelum ini, Korea Utara menjalankan ujian bom nuklearnya yang keenam pada awal September menggunakan bom hidrogen.


Pada bulan sama, sebuah peluru berpandu balistik Korea Utara melintas ruang udara Jepun dan didakwa mampu membawa peledak bom hidrogen.


Susulan itu, Pyongyang digertak oleh Washington dan mengugut untuk menembak peluru berpandu ke wilayah Pasifik Amerika Syarikat, Guam.


Source: SH Global

[featured-video-plus]