Penagihan dadah tingkat jenayah kekerasan

in Edisi by


KOTA BHARU- Jenayah kekerasan meningkat di negeri ini didorong oleh penagihan dadah yang membuatkan pelakunya bertindak agresif.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, 99 peratus kes kekerasan meningkat sejak September lalu.


Beliau berkata, akibat dipengaruhi dadah mereka (pelaku) tidak berfikiran secara waras dan sanggup melakukan jenayah kekerasan termasuk peras ugut,dan ada yang sehingga sanggup mencederakan ahli keluarga.


“Semasa mereka melakukan perlakuan terbabit, mereka langsung tidak berada dalam pemikiran waras dan melakukan perlakuan itu untuk kepuasan diri.


“Kebanyakkan kes seumpama ini walaupun masih tidak terlalu serius di negeri ini namun kita pandang berat dan kita harap masyarakat dapat memberikan maklumat kepada polis dalam usaha memastikan dapat mengekang kegiatan jenayah di negeri ini,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini hari ini.


Menurutnya, beliau berharap maklumat disalurkan dapat membantu polis dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.


“Mereka tidak perlu takut untuk bekerjasama dengan polis. Ibu bapa juga haruslah menjaga dan memantau perlakuan anak-anak mereka memandangkan rumah merupakan tempat terbaik bagi menyelesaikan segala masalah dan dengan saluran yang betul dapat memastikan kejadian jenayah dapat dibendung,” katanya.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]