PSMZA pelawa kemasukan secara walk-in

in Edisi by


DUNGUN – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan lain-lain yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke PSMZA bagi sesi Disember ini secara datang terus mulai hari ini.


Pegawai Perhubungan Awam PSMZA, Zaharuddin Ab Ghani berkata, 10 program yang ditawarkan PSMZA iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Komputer).


“Lain-lain program ialah Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Teknologi Digital dan Pra Diploma Sains,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Katanya, syarat kemasukan bagi lulusan SPM, calon-calon hendaklah memperoleh tiga kredit serta lulus subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah.


Beliau berkata, bagi lulusan Kolej Komuniti, ILP dan IKM, mereka hendaklah mempunyai sijil tamat latihan atau sijil kemahiran tahap tiga dan satu kredit pada mana-mana subjek SPM.


Zaharuddin berkata, untuk tujuan itu pemohon bolehlah datang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA dengan membawa kad pengenalan dan slip keputusan SPM sebelum tarikh tutup pernohonan pada 30 Nov depan.


Katanya, untuk maklumat lanjut, calon-calon boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA melalui talian 09-8400899 atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar PSMZA  Ahmad Tarmizi Muhamad melalui talian 012-9813637.- Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]