Ramai rakyat bimbang akan menganggur

in Nasional by


RATA-RATA rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi negara setakat tahun ini, malah bimbang kemungkinan akan hilang kerja dalam tempoh enam bulan akan datang!


Itu hasil kaji selidik Oriental Daily mengenai ekonomi dan bajet ke atas 3,941 responden yang dijalankan sepanjang minggu lalu.


Golongan berusia antara 18 dan 30 tahun adalah kumpulan teramai terlibat dalam kaji selidik tersebut, iaitu 37.6 peratus.


Sementara, golongan berusia antara 31 dan 40 tahun (32.89 peratus) dan 29.51 peratus terdiri golongan berusia 41 tahun ke atas.


Daripada sejumlah responden, 87.26 peratus melahirkan tidak puas hati dengan kedudukan ekonomi negara sepanjang sembilan bulan ini berbanding hanya 3.1 peratus yang berpendapat sebaliknya, manakala selebihnya tidak ada sebarang komen.


Selain itu, 46.36 peratus responden menyatakan perasaan bimbang terhadap masa depan sendiri yang kemungkinan kehilangan kerja akibat kemerosotan ekonomi negara.


Sebanyak 26.42 peratus pula tidak pasti, manakala 27.22 peratus yakin tidak akan dipecat oleh majikan mereka.


Dalam usaha menambahkan pendapatan, 30.95 peratus responden mengakui mereka ada melakukan kerja sambilan, sementara 41.54 peratus hanya ada satu kerja, dan selebihnya masih belum membuat keputusan untuk melakukan dua kerja.


Bagi golongan muda, hasil kaji selidik mendapati beban perbelanjaan utama mereka ialah penginapan (37.11 peratus), diikuti makanan (26.96 peratus), dan pengangkutan (10.97 peratus). Pendidikan untuk anak juga dikatakan membebankan kos sara hidup mereka, iaitu 11.1 peratus.


Mengenai harapan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, 38.69 peratus responden meminta kerajaan menyediakan lebih banyak peruntukan ke atas infrastruktur seperti meningkatkan taraf sistem pengangkutan awam dan perubatan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]