Suspek kes pecah rumah diberkas

in Edisi by


KLANG – Seorang penagih dadah yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Bandar Botanik Klang, berjaya diberkas polis di sini Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek ditahan berusia 32 tahun dan tidak bekerja.


Menurutnya, siasatan dijalankan ke atas suspek dapati terdapat dua rakan sejenayah yang masih bebas dan usaha mengesan mereka diteruskan.


“Semasa tangkapan dilakukan, turut ditemui lima komputer riba jenama Dell dan polis juga merampas kereta jenis Myvi warna kuning yang menggunakan plat pendaftaran palsu.


“Hasil semakan ke atas nombor pendaftaran asal dapati, kenderaan itu dilaporkan hilang di Subang Jaya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata, suspek aktif dalam kegiatan pecah rumah ini sejak enam bulan lalu dan tinggal bersama isterinya di Bandar Baru Klang


Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]