Tingkat tenaga mahir tarik pelabur

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN — Tenaga mahir dan dipercayai perlu dipertingkatkan untuk memastikan negara dapat terus menarik minat pelabur asing dan tempatan untuk melabur di negara ini.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bukan sahaja Malaysia berminat untuk menarik pelaburan dari negara luar, tetapi juga negara Asean lain seperti Vietnam dan Thailand.


“Saya harap kita sama-sama kerja kuat untuk meningkatkan produktiviti dan tenaga mahir dalam negara.


“Ini juga antara faktor yang membolehkan Malaysia terus menarik banyak pelaburan dari luar,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam FMM Negeri Sembilan di sini semalam.


Mohamad turut memuji Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) yang sama-sama menggembleng tenaga untuk mengembangkan ekonomi negara.- Bernama


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]