‘Ayuh bantu kami tewaskan Spurs’

in Sukan by


ANDER Herrera mahu semua penyokong Manchester United memberikan sokongan dalam menghadapi perlawanan besar minggu ini menentang Tottenham Hotspur.


The Red Devils akan menerima kunjungan Spurs di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris, esok.


“Perlawanan ini adalah sukar buat kami kerana Spurs adalah pasukan yang sedang meningkat naik.


“Saya mengharapkan semua penyokong kami beri sokongan terbaik kepada pasukan kesayangan mereka untuk menumpaskan Spurs.


“Kami sememangnya memerlukan mereka (penyokong) kerana mereka adalah yang akan membantu kami,” kata pemain tengah Manchester United itu.


Beliau berkata, , musim lalu, Manchester United menumpaskan Spurs dan semua penyokong memberikan sorakan dan sokongan padu.


“Jadi, kami mahukan itu lagi. Kami ingin berjuang untuk setiap gelaran dan cara yang boleh kami lakukan adalah dengan bersatu sebagai sebuah pasukan,” katanya.


 Manchester United dan Spurs masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga liga dengan kongsi 20 mata.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]