Bajet 2018: Bajet ambil hati rakyat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini sebagai bajet untuk mengambil hati rakyat.


Lebih berbentuk kepada bajet pilihan raya, Raja Kamarul berkata, bajet yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tidak boleh menyelesaikan masalah negara.


“Tahun pilihan raya boleh pula mansuhkan tol. Sebelum ini kerajaan kata jika tidak ada tol, tidak boleh selenggara lebuh raya. Atas alasan itu mereka mengenakan kutipan tol.


“Sedangkan kami pembangkang sudah lama mahu tol dimansuhkan, tapi selama ini kerajaan tidak mahu dengar. Sekarang bila tiba tahun pilihan raya, sanggup pula mereka mansuhkan tol,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.


Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.


Bajet tahun ini juga bertemakan ‘memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50’.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]