Bajet 2018 bukti kerajaan konsisten sejahterakan rakyat

in Nasional by


SHAH ALAM – Bajet 2018 membuktikan kerajaan begitu konsisten dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela serta ekonomi dan masa depan negara terus terjamin.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan sentiasa realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara bagi menjamin segala komitmen dapat direalisasikan dan dizahirkan kepada rakyat.


“Kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya memberi angan-angan kosong untuk mengejar populariti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.


Bajet tahun ini juga bertemakan ‘memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50’.


Justeru katanya, beliau sebagai Ahli Parlimen Pengerang menyambut baik pengumuman yang dibuat  Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda dan peruntukan pembangunan luar bandar dalam memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan.


“Selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Undang-Undang, saya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam memperluaskan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]