Balotelli kecewa Neymar digantung

in Sukan by


NEYMAR terpaksa melupakan perlawanan menentang pesaing mereka, Nice, minggu ini.


Perkara itu ternyata mengundang rasa kecewa penyerang Nice, Mario Balotelli.


Minggu lalu, ketika perlawanan PSG menentang Marseille yang berakhir keputusan seri 2-2 menyebabkan Neymar dilayangkan kad merah.


Neymar bagaikan gagal mengawal emosinya apabila bertindak agresif ketika dilanggar pemain lawan, Lucas Ocampos sebelum dilayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan terbabit.


Dalam perlawanan itu, Neymar bagaimanapun berjaya mencetak satu gol.


Kehilangan Neymar pastinya merugikan PSG kerana keupayaannya menyumbang gol dan membuat assist untuk pasukan.


Ketiaadaan Neymar dilihat menguntungkan Nice, namun ia tetap tidak disenangi Balotelli.


“Tentu saja ada peluang menang di kandang gelanggang mereka. Agak sukar tapi kami boleh melakukan.


“Jujur saya ingin bermain menghadapi Neymar. Saya berharap dia dapat bermain di perlawanan ini,” kata Balotelli.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]