Bantuan komprehensif untuk sektor pertanian

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri semalam menyediakan bantuan yang sangat komprehensif kepada golongan yang terlibat dalam sektor pertanian.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan sebanyak RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah mencerminkan keprihatinan Perdana Menteri.


“Misalnya, pemberian bantuan sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan dalam setahun kepada pesawah.


“Ini satu perkara baru yang perlu kita alu-alukan,” katanya kepada media, hari ini.


Menurut beliau, peruntukan RM200 juta bagi inisiatif sumber kekayaan baharu seperti jagung bijian, durian dan kelapa menunjukkannya mempunyai potensi yang perlu dibangunkan.


“Antara yang disebutkan Perdana Menteri ialah durian. Jika dahulu buah ini dianggap biasa-biasa saja tetapi sekarang ia  perlu diberikan pendekatan baharu untuk pemasaran,  eksport dan sebagainya,” katanya.


“Selain itu, penubuhan Lembaga Tenusu dan Ruminan memperlihatkan industri tenusu perlu dilihat dalam perspektif yang luas,” katanya.


Katanya, kerajaan juga tidak meminggirkan golongan usahawan dengan memberi peruntukan RM500 juta kepada Tekun.


“Ia membayangkan kepercayaan Perdana Menteri kepada agensi ini dalam membantu usahawan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]