'Kami tak mahu berperang'

in Global by


PANMUNJOM – Sambil diperhatikan tentera Korea Utara, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis pada Jumaat berkata pihaknya tidak mahukan peperangan, sebaliknya ingin melihat Korea bebas nuklear sepenuhnya, lapor agensi berita Yonhap.


Berdiri hanya beberapa meter dari Korea Utara, beliau turut menggesa rejim Kim Jong-un menghentikan segala bentuk provokasi yang boleh mengancam negara lain “dengan bencana.”


“Seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Negara, Rex Tillerson, matlamat kami bukanlah peperangan sebalinya ingin melihat Semenanjung Korea yang bebas nuklear sepenuhnya,” kata ketua Pentagon itu dalam satu kenyataan ringkas di lokasi gencatan senjata, Panmunjom, yang terletak di Zon Bebas Tentera (DMZ).


Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young-moo pula berdiri di sebelah beliau untuk menunjukkan terdapat perikatan yang kuat antara mereka.- Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]