Ketara Najib bentang Bajet PRU: Idris Ahmad

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bajet 2018 kali jelas ketara merupakan bajet ‘gula-gula’ buat rakyat kerana tertumpu kepada golongan-golongan bawahan dalam usaha meraih undi mereka.


Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, ia kelihatan ketara apabila pelbagai insentif diberikan pada golongan ini seperti imam, siak, tok batin dan sebagainya.


“Bagaimanapun, persoalan saya adakah bantuan bajet tahun lalu akan masih dapat seperti yang dijanjikan Kerajaan sebelum ini?” katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.


Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.


Bajet tahun ini juga bertemakan ‘memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50’.


Sementara itu, beliau juga kesal apabila masalah utama yang membelenggu rakyat masih belum diselesaikan.


“Sepatutnya keadaan masyarakat menjadi prioriti, saya lihat penduduk luar bandar masih tertinggal.


“Kos sara hidup masih lagi menjadi masalah dan walaupun diberikan ‘gula-gula’ dalam bajet ini, rakyat masih tertekan dengan masalah ini,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]