Khidmat Ahli MPSJ dilanjutkan hingga 30 Jun

in Edisi Selangor KL by


SUBANG JAYA – Tempoh perkhidmatan ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi penggal 2016/2017 yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini akan dilanjut sehingga 30 Jun depan.


Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, keputusan itu diumum dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 20 September lalu yang disahkan pada 4 Oktober lalu.


“Keputusan mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri memutuskan menimbang dan meluluskan cadangan pelanjutan tempoh perkhidmatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Selangor bagi penggal 2016/2017 sehingga 30 Jun depan.


“Tempoh perkhidmatan ahli majlis ini dilanjut hingga pembubaran Dewan Negeri Selangor,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]