Mansuh tol: UEM Group puji Najib

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kutipan tol di Plaza tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau (Selangor) selain Bukit Kayu Hitam (Kedah), akan ditamatkan mulai 1 Januari 2018.


UEM Group Bhd (UEM Group) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai pemegang saham utama Plus Malaysia Bhd (Plus), menyokong dan memuji pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pemansuhan itu dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.


“Pengumuman itu adakah hasil daripada siri perbincangan antara kerajaan dan UEM Group selain KWSP,” kata UEM ketika mengulas mengenai Bajet 2018.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]