Masalah teknikal punca pesawat Hawk 108 TUDM terhempas

in Semasa by


KUANTAN – Masalah teknikal pada bahagian rangka sawat dikenal pasti antara punca pesawat Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas yang mengorbankan dua juruterbangnya pada 15 Jun lalu.


Panglima Tentera Udara,Tan Sri Affendi Buang berkata, masalah itu dikesan menerusi siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengenal pasti punca dan  sekaligus memperbaiki kerosoakan tersebut agar kejadian sama tidak berulang pada masa depan.


“Hasil siasatan kita dapati ia menjurus kepada masalah teknikal di bahagian rangka sawat pesawat itu dan sebagai tindakan susulan kita sudah membuat penyelenggaraan terhadap dua pesawat Hawk 108 M40-02 miliknya pada bulan lalu.


“Pesawat berkenaan sudah diuji dan dalam keadaan baik, kita akan membuat penyelenggaraan terhadap semua pesawat jenis sama secara berperingkat,” katanya.


Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sijil dan sayap penerbangan Kuartermaster udara di Pangkalan Udara Kuantan di sini, semalam.


Dalam kejadian 15 Jun lalu itu, dua juruterbang TUDM, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari terkorban selepas pesawat Hawk 108 M40-02 dikendalikan mereka terhempas di Chukai, Terengganu.


AKAN MENYUSUL.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]