Naikkan BR1M bantu golongan berpendapatan rendah

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Negeri Sembilan berharap agar kerajaan menaikkan BR1M bagi membantu golongan berpendapatan rendah pada pembentangan Bajet 2018, hari ini.


Pengerusinya, Syed Mohd Ali Syed Mohamed berkata, pemberian BR1M sangat penting bagi membantu golongan sasaran meneruskan kelangsungan hidup yang kini semakin meningkat.


Beliau berkata, ramai golongan berpendapatan rendah sangat memerlukan bantuan tersebut dan berharap kerajaan dapat terus membantu.


“Kita berharap bantuan BR1M kali ini ditambah terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Begitu juga kepada golongan M40, kerajaan perlu memberi perhatian yang lebih fokus.


“Barang sekarang ini serba mahal, kos hidup pula semakin tinggi. Jadi, rakyat sangat mengharapkan ada berita gembira sekurang-kurangnya bantuan BR1M dinaikkan sehingga RM1,500,” katanya di sini, semalam.


Dalam pada itu, Syed Mohd Ali juga berharap kerajaan mengurangkan kadar GST sehingga 5 peratus.


Menurutnya, kadar GST enam peratus terlalu memberi beban kepada rakyat terutamanya golongan luar bandar serta berpendapatan rendah.


“Pembentangan bajet tahunan yang terakhir sebelum PRU14 ini sangat diharapkan dapat memberi impak kepada rakyat, GST perlu diturunkan bagi mengurangkan beban rakyat.


“Diharap kerajaan dapat memberi fokus kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh dengan melibatkan semua peringkat,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]