Pekerja kedai runcit dibelasah perompak

in Edisi Selangor KL by


AMPANG – Sekumpulan penjenayah bukan sahaja merompak sebuah kedai runcit, malah turut mencederakan pekerja premis terbabit.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 19 Oktober lalu di Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya, di sini.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.28 malam itu, suspek seorang lelaki tempatan telah melakukan rompakan di premis tersebut.


“Polis yang menerima panggilan berhubung kejadian telah bergegas ke lokasi sebelum membuat penahanan seorang lelaki.


“Kemudian, susulan itu, polis telah membuat penahanan tiga lagi lelaki di sekitar Ampang sehingga Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kejadian,” katanya.


Beliau berkata, beberapa barang dirampas seperti telefon bimbit dan sebatang kayu.


Katanya, bagaimanapun, polis dalam usaha mencari dua lagi individu bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]