Pemilihan semula presiden Kenya

in Global by


NAIROBI – KENYA. Pemilihan semula Presiden Kenya berlangsung semalam selepas Mahkamah Agung membatalkan keputusan yang didakwa ‘tidak sah’ menyaksikan kemenangan Presiden Uhuru Kenyatta pada Ogos lalu.


Pemimpin pembangkang yang menuntut pilihan raya baharu itu, Raila Odinga bagaimanapun tidak bertanding dalam pusingan kali ini selepas tuntutan beliau untuk perubahan dalam pemilihan tidak dipenuhi.


Sebanyak lapan parti termasuk Parti Jubilee pimpinan Kenyatta menyertai pemilihan tersebut.


Media tempatan melaporkan proses pemilihan di kawasan setinggan terbesar di Kenya turut dihalang penunjuk perasaan hingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan itu di salah sebuah kubu terkuat pembangkang.      


Minggu lalu, pegawai kanan dalam suruhanjaya pemilihan di negara itu melarikan diri ke Amerika Syarikat selepas menerima ancaman bunuh pada malam pengawal peribadi hakim Mahkamah Agung ditembak. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]