Perlu kajian teliti

in Nasional by


MESKIPUN cadangan menaikkan harga rokok sehingga RM50 disambut baik, namun aspek percukaian yang dijana kerajaan melalui barangan tersebut terjejas.    


Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berpendapat, kesan ketara kenaikan harga yang tinggi mengurangkan kuasa beli pengguna, sekali gus rokok tidak laku, dan peniaga akan mengalami kerugian.

Dr Mohamad Fazli Sabri


 “Dari segi matlamat asal, ia boleh dicapai tetapidaripada perspektif  peniaga, kalau berlaku kenaikan, bermaksud tidak ada orang beli rokok, secara tidak langsung peniaga tidak boleh bayar cukai kepada kerajaan, bila peniaga tak bayar cukai, hasil kerajaan juga turut berkurang,” katanya.


Oleh sebab itu, selepas mengambil kira kesan yang akan berlaku, adalah lebih baik pertimbangan sewajarnya tentang kadar nilai kenaikan ini diteliti secara mendalam.  


“Saya setuju sekiranya harga itu dinaikkan, cuma dari segi nilai tu saya rasa kena ada kajian secara menyeluruh.


“Kita tidak boleh ambil remeh soal ini, dan tidak boleh sewenang-wenangnya meminta mereka cari kerja lain, kena lihat kesan baik dan buruk termasuk juga ke atas ekonomi negara,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]