Ringgit rendah dalam dagangan awal berbanding dolar AS

in Nasional by


KUALA LUMPUR – “Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang kembali cergas pagi ini,” kata peniaga.


Pada jam 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.2390/2420 berbanding dolar US daripada 4.2325/2355 pada jam 6 petang semalam.


Namun, peniaga itu berkata ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama yang lain menjelang pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 3.30 petang ini.


“Pelabur kekal optimistik menjelang pembentangan bajet, terutama susulan jaminan Najib bahawa belanjawan mengambil kira kepentingan semua segmen rakyat,” katanya.


Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0960/0991 daripada 3.1110/1146 pada Khamis dan tinggi berbanding yen kepada 3.7116/7152 daripada 3.7228/7268 semalam.


Unit tempatan juga tinggi berbanding pound British kepada 5.5637/5693 daripada 5.5941/5998 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9295/9339 daripada 4.9973/9025 pada Khamis.  – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]