Rumah terbakar: Hanya terbayang mak, ayah

in Edisi by


SABAK BERNAM – “Waktu dapat tahu rumah terbakar, seluruh badan saya tiba-tiba menggelatar dan longlai sebab risau keselamatan mak dan ayah,” demikian kata, Kamarrul Arifin Abdullah, 45, selepas kediaman ibunya hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Montel, Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, petang semalam.


Menurut Kamarrul Arifin, dia yang ketika itu sedang berniaga di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana dihubungi seorang rakannya kira-kira jam 6.15 petang.


“Rakan saya mendapat nombor telefon menerusi (aplikasi) WhatsApp kumpulan terus hubungi saya dan maklumkan tentang kejadian ini.


“Dalam hati saya tertanya-tanya dan risau apakah yang terjadi pada mak dan ayah lepas kawan maklumkan rumah dah rentung,” katanya.


Anak ketujuh daripada lapan beradik itu memberitahu, seluruh jiwanya kembali tenang selepas ibunya, Kalsom Basir, 71, dan bapa tirinya, Idris hamidun, 76, berada dalam keadaan selamat.


“Saya rasa syukur sebab dapat hubungi dan dengar suara mak. Alhamdulillah, mak dan ayah tidak berada di tempat kejadian,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]