Bajet 2018 buat pembangkang terpukul: Shamsul

in Nasional by


MASJID TANAH – Pengumuman Bajet 2018 dianggap pembentangan bajet paling terbaik hingga mampu membuatkan ahli parlimen dalam pembangkang terpaku dan terpegun.


Biro Kebajikan Umno (Bikum), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembangkang yang sebelum itu berbangga dengan bajet alternatif mereka dilihat terpegun kerana kerajaan bukan sahaja mampu menyediakan bajet bagi setiap golongan rakyat malah apa dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam banyak yang di luar jangkaan mereka.


Menurutnya, pembangkang yang sebelum ini berbangga mahu menurunkan pendapatan minimum RM1,200 sudah tentu akur melihat pembentangan itu berskala besar seperti apa diungkapkan Perdana Menteri bermula dari bayi sehingga dewasa termasuk segenap lapisan rakyat dapat menikmatinya.


“Mereka sebenarnya jelas nampak terpegun dengan pembentangan bajet semalam, mereka mungkin tak terfikir kerajaan mampu melakukan itu.


“Maknanya bermula daripada kita bagi bantuan-bantuan kepada petani, nelayan, kerajaan juga bagi pada yang lain menerusi program-program jangka masa panjang,”  katanya.


Shamsul Anuar berkata demikian kepada pemberita selepas Program Umno Bantu Rakyat 2.0 dalam Parlimen Masjid Tanah anjuran Bikum dengan kerjasama Biro Kebajikan Umno Bahagian Masjid Tanah di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di sini hari ini.


Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Umno Wanita Bahagian Masjid Tanah, Datuk Latipah Omar dan Adun Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali


Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, kebijkasanaan kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mampu mempelbagaikan pendapatan negara tanpa hanya bergantung kepada sumber mineral seperti gas dan minyak dan seterusnya keberhasilan itu diberikan kepada rakyat semula seperti dalam pembentangn bajet.


Sebanyak 64 keluarga yang kurang bernasib baik di setiap Dun dalam parlimen itu terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian selain pelajar terpilih bagi pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]